Sunday, October 19, 2008

Torres buru kepuasan

Kehadiran Torres, berjersi nombor 9 pernah digunakan penyerang legenda Liverpool, Robbie Fowler dan Ian Rush, menggegarkan bola sepak Inggeris apabila dia meletakkan namanya selaku penyerang digeruni di Eropah. Bintang Sepanyol itu terbukti begitu tajam di depan gawang dan berada dalam kelas tersendiri melalui dua jaringannya ketika menentang Everton tetapi malangnya dinafikan jaringan hatrik di Goodison Park oleh pengadil, Mike Riley. Torres mengakui kejayaan Sepanyol pada Euro 2008 meningkatkan kemahuannya untuk mencipta kejayaan. Torres yang juga pemain Atletico Madrid sebelum ini berkata beliau masih belum puas untuk menikmati kejayaan. Dia measih ingin mencipta kejayaan bersama Liverpool yang kini berada di tempat kedua di belakang Chelsea. Dengan usia yang muda Torres dijangka mampu menggegarkan pasukan lawan sekaligus mejuari piala utma dan domestik..

Nadal, Federer mara suku akhir

Bekas juara, Rafael Nadal dan Roger Federer meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir Madrid Masters sementara harapan Novak Djokovic mencari gelaran tidak kesampaian apabila tewas kepada Ivo Karlovic 7-6 (4), 7-6 (5), semalam. Nadal, pemain utama ranking dunia, menewaskan pemain Perancis, Richard Gasquet 6-4, 6-2, sementara pilihan kedua, Federer tidak berdepan masalah mengatasi naib juara Terbuka Australia, Jo-Wilfried Tsonga 6-4, 6-1.
Nadal, juara 2005, bakal berdepan rakan senegara dari Sepanyol, Feliciano Lopez yang mengatasi Stanislas Wawrinka dari Switzerland 6-4, 6-4. Federer, juara Madrid sebelum Nadal, akan berdepan Juan Martin del Potro yang menyingkirkan juara bertahan dan rakan senegara dari Argentina, David Nalbandian 6-4, 6-2. Para penonoton semestinya tidak dapat bersabar lagi untuk menyaksikan pertembungan klasik kedua2 pemain ini... Tetapi perhatian semestinya diberikan kepada Nadal kerana pemain beraksi di laman sendiri. Ini sudah pastinya bakal memberikan tekanan kepada Federer. Namun, dengan pengalaman yang ada pada Fedex sudah pasti memberikan tentangan sengit...

Nicol mara

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Nicol David berdepan laluan mudah dalam kempen awalnya merampas semula kejuaraan di Kejohanan Terbuka Dunia Hi-Tec, Manchester, England, semalam.
Nicol nyata tidak menghadapi masalah menewaskan rakan senegara, Sharon Wee 11-6, 11-3, 11-2 dalam tempoh hanya 19 minit. Nicol juga dijangka tidak mempunyai masalah dalam menjuarai kejohanan ini..Nicol juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Nicol berlatih di Amsterdam selepas tamat peperiksaan pada tahun2000, dan mendapat 9A. Beliau juga menjuarai Kejohanan Skuasy Asia sebanyak lima kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006). Pada 4 Disember 2005, beliau menewaskan Rachel Grinham dari Australia untuk menjadi juara termuda yang memenangi Kejohanan Dunia.

Kepakaran Del Bosque terbukti

Del Bosque yang baru menjadi jurulatih Sepanyol sememangnya seorang arif tentang strategi. Dengan kejayaan yang dicapai oleh jurulatih ini dengan kelab lamanya Real Madrid menjadikan namanya gah sebagai jurulatih yang hebat setanding dengan nama2 jurulatih seperti Alex Ferguson, Luiz Filipe Scolari. Dengan adanya jurulatih ini, pasukan Sepanyol dijangka mudah untuk melepasi peringkat kelayakkan ke pusingan akhir piala dunia yang berlansung di Afrika Selatan...
Malah dengan kehadiran pemain2 yang hebat seperti Xabi Alonso, Fernando Torres, David Villa Del Bosque tidak menghadapi masalah dalam berkomunikasi dan membimbing pasukan itu. Zinedine Zidane yang pernah menjadi anak didiknya pernah menyebut tentang kehebatan Del Bosque dalam membimbing pasukannya..Semua pemain dalam pasukan amat senang dengan arahan yang diberikan oleh Del Bosque..Jadi dalam melayakkan diri ke piala dunia 2010 adalah tidak mustahil bagi pasukan Sepanyol.

Henry bela Domenech

Henry adalah merupakan pemain yang hebat serta bertaraf dunia...tetapi tindakannya menghalang persekutuan bola sepak Perancis dari memecat jurulatihnya Roman Domenech adalah tindakkan yang tidak wajar kerana rekod Domenech dalam membimbing skuad Perancis adalah amat buruk sekali..Skuad Perancis seharusnya diperkuatkan dengan jurulatuih baru contohnya juraltih yang mempunyai banyak kejayaan contohnya seperti jose morinho, dunga....Dalam menempa kejayaan dlam pasukan sesebuah pasukan itu faktor pemilihan jurulatih adalah amat penting kerana strategi yang diatur oleh jurulatih itu sendiri merupakan kunci kejayaan sesebuah pasukan... Dalam konfliks yang melanda pasukan Perancis, ianya perkara yang harus diselesaikan dengan kadar segera kerana dalam perebutan ke Piala Dunia pasukan Perancis berada dalam keadaan tertekan kerana mereka mungkin terkeluar dalam melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia...Jadi skuad Perancis harus mencari jurulatih yang baru dalam memperkuatkan pasukan tersebut..

Thursday, September 4, 2008

Federer lega

Sememangnya Federer adalah pemain yang berkaliber dan cukup popular di dalam dunia sukan pada masa ini.. Dengan anugerah atlet paling berjaya selama dua tahun berturut-turut Federer juga adalah atlet paling kaya di belakang kawan baiknya Tiger Woods. Penampilan Federer pada Terbuka US ksli ini memang dinantikan oleh para peminat sukan dan tenis yang inginkannya berjaya merangkul kejuaraan ini sebanyak enam kali. Prestasi merosot yang ditunjukkan oleh Federer kebelakangan ini mungkin disebabkan oleh virus yang melanda dirinya dan itu sememangnya menggangu tahap permainannya yang sebenar. Pertembungan hebat antara Federer dan Nadal amat dinantikan oleh semua peminat dan Nadal yang berada pada tahap terbaiknya semestinya ingin mengekalkan status pemain no1 dunia. Walaupun Nadal diramal menewaskan Federer namun ianya pasti bukan jalan yang mudah baginya kerana Federer semestinya mahukan gelaran no1 dunia yang dirampas Nadal kembali kepadanya. Apapun pertembungan hebat kedua-dua pemain ini pasti hebat....

Sunday, August 31, 2008

Peluang jurulatih cungkil bakat baru

Selama manakah ketiadaan pemain import di negara kita dapat bertahan?satu,dua tahun? Walau bagaimanapun pengharaman pemain import di negara kita merupakan langkah yang bijak dalam mengenal pasti pemain tempatan yang sedia ada di mana sebelum ini hanya mengisi bangku simpanan. Pemain2 ini sebenarnya mampu menyinar dan mampu menjadi pelapis negara dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak di Malaysia pada suatu ketika dahulu. FAM hanya perlu mengenal pasti punca kemerosotan pemain tempatan dan harus mencungkil bakat2 muda dari peringkat sekolah lagi. Selain itu pendedahan pemain2 dalam perlawanan di peringkat antarabangsa harus dilakukan dengan segera supaya pemain2 tidak merasa kekok atau rendah diri berbanding pemain-pemain import. Latihan yang lebih keras dan kemudahan yang disediakan oleh badan sukan harus digunakan sepenuhnya agar wang berjuta2 ringgit untuk kemudahan pemain tidak disia-siakan. Apa pun penglibatan pemain import adalah penting untuk pemain2 tempatan dalam meningkatkan kesefahaman di dalam padang. Tetapi kemanakah hala tuju pemain2 import yang telah disingkirkan oleh pihak FAM? Adakah wajar mengenepikan mereka di dalam liga kita?