Sunday, August 31, 2008

Peluang jurulatih cungkil bakat baru

Selama manakah ketiadaan pemain import di negara kita dapat bertahan?satu,dua tahun? Walau bagaimanapun pengharaman pemain import di negara kita merupakan langkah yang bijak dalam mengenal pasti pemain tempatan yang sedia ada di mana sebelum ini hanya mengisi bangku simpanan. Pemain2 ini sebenarnya mampu menyinar dan mampu menjadi pelapis negara dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak di Malaysia pada suatu ketika dahulu. FAM hanya perlu mengenal pasti punca kemerosotan pemain tempatan dan harus mencungkil bakat2 muda dari peringkat sekolah lagi. Selain itu pendedahan pemain2 dalam perlawanan di peringkat antarabangsa harus dilakukan dengan segera supaya pemain2 tidak merasa kekok atau rendah diri berbanding pemain-pemain import. Latihan yang lebih keras dan kemudahan yang disediakan oleh badan sukan harus digunakan sepenuhnya agar wang berjuta2 ringgit untuk kemudahan pemain tidak disia-siakan. Apa pun penglibatan pemain import adalah penting untuk pemain2 tempatan dalam meningkatkan kesefahaman di dalam padang. Tetapi kemanakah hala tuju pemain2 import yang telah disingkirkan oleh pihak FAM? Adakah wajar mengenepikan mereka di dalam liga kita?

Sunday, August 17, 2008

‘Pak cik setan’ diburu

Polis percaya yang perogol 2 kanak-kanak masih berada di ngeri ini. Punca belakunya kejadian seperti ini adalah disebabkan perogol itu sendiri. Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Pengabaian kepada anak-anak dan sikap terlalu mempercayai orang lain adalah sesuatu yang boleh membahayakan nyawa kanak-kanak. Selain itu, pengaruh internet yang berleluasa dan penayangan video lucah di dalam sesebuah cerita adalah implikasi atau kecenderunagn seseorang melakukan perbuatan rogol. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan harus melaksanakan hukuman yang lebih berat dan menghadkan atau menapis cerita-cerita yang membawa kepada berlakunya rogol...

Chong Wei hampiri misi buru emas

Ucapan tahniah kepada Lee Chong Wei kerana berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir badminton Olimpik Beijing. Dia menewaskan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia dengan agak mudah iaitu 21-9 21-11 di Gimnasium Beijing University of Technology, di Beijing. Konsisten dan fokus terhadap permainan adalah segalanya yang diperlukan dalam mencapai misi memburu pingat emas yang pertama untuk Malaysia. Malah Chong Wei juga diramal mampu menewaskan pemain no 1 dunia iaitu Lin Dan yang bakal bertemu rakan senegaranya di peringkat separuh akhir iaitu Chen Jin. Ayuh Chong Wei. Jadikan harapan rakyat Malaysia satu kenyataan.

Mat rempit belasah 4 polis

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh media massa merupakan punca dominan kepada masalah Mat Rempit yang semakin berleluasa pada masa kini. Pengaruh budaya luar yang diserap ke dalam media massa telah meracuni fikiran belia. Perbuatan tidak bermoral Mat Rempit seperti penagihan dadah, seks bebas, pengambilan alkohol. Jenayah ragut, dan sebagainya sebenarnya meniru budaya ‘Hell-Angel’ dari Amerika Syarikat. Budaya tersebut telah disanjungi oleh remaja kerana menganggap ilusi ‘cool’ mereka sebagai aktiviti menyeronok. Selain itu, filem-filem yang mengandungi unsur-unsur perlumbaan juga terus mempengaruhi minda remaja. Contohnya, filem-filem seperti ‘Tokyo Drift’, Fast And The Furious’, ‘Initial-D’, dan ‘Kuala Lumpur Menjerit’ telah mendorong golongan remaja mempelajari aksi-aski pelakon yang dianggap bergaya dalam filem-filem tersebut. Golongan Mat Rempit yang dipengaruhi oleh media massa pula ghairah mengubahsuaikan motosikal mereka seperti yang ditunjukkan dalam filem sehingga mengabaikan ciri-ciri keselamatan. Mereka juga bersikap memberontak dan sengaja tidak mahu memakai topi keledar semasa menunggang motosikal. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakuan anak mereka juga mengakibatkan gejala Mat Rempit. Pada masa kini, sikap ibu bapa yang mementingkan aspek materialistik telah menyebabkan mereka begitu fanatik untuk mencari wang demi meningkatkan kehidupan mereka. Akibatnya, mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa untuk mendidik anak mereka. Mereka tidak mengambl berat tentang keselamatan anak mereka dan membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa berlesen. Situasi ini amat berbahaya kerana anak mereka yang tanpa lesen tidak mengetahui keselamatan dan kemungkinan besar terlibat dalam perlumbaan haram. Selain itu, mereka juga akan merayau-rayau di jalan raya. Mat rempit ini juga ibarat kutu rayau yang suka merayau dan mengganggu ketenteraman pada waktu malam. Tidak hairanlah anak-anak yang terbiar ini sanggup membelasah polis dan melakukan perbuatan terkutuk yang menyalahi undang-undang.

Gonzalez saves three match points to reach Olympic final

Fernando Gonzalez merupakan finalis yang bakal meranapkan impian pemain no 1 dunia Rafael Nadal dalam mendapatkan pingat emas yang pertamanya di dalam Olimpik Beijing ini. Gonzalez yang menewaskan James Blake pada separuh akhir dijangka mampu menewaskan pemain kelahiran Sepanyol itu pada pelawanan akhir nanti. Gonzalez mempunyai pukulan backhand yang amat bagus berbanding Nadal menjadikan itu sebagai senjata utamanya dalam memburu emas pertamanya juga dalam Olimpik kali ini. Gonzalez yang kini berkedudukan pemain no 15 dunia telahpun dua kali menjadi finalis di Olimpik Beijing dimana sebelum ini dia telah diewaska n oleh Thomas Berdych di Atlanta. Gonzalez hanya perlu fokus pada perlawanan dan memastikan setiap peluang dimanfaatkan dengan betul.

CAK: Nabil tarik tali?

Bagi para artis yang meningkat naik seperti Nabil ni mesti mempunyai banyak komitmen lain terutama tanggungjawab terhadap keluarga, lakonan, teater dan banyak lagi. Jadi, tekanan kepadanya juga meningkat dan beban yang dihadapinya berat untuk dipikul. Bagi pihak pengurusan yang menganggap Nabil banyak "demand" adalah sesuatu tuduhan yang terlalu awal dan boleh menjatuhkan reputasi Nabil sebagai seorang pelawak yang terkenal pada masa kini. Mungkin banyak hal-hal peribadi yang Nabil tidak boleh berkongsi dengan orang lain menjadi punca kepada isu "tarik tali ini". Apapun kita sebagai peminat, pihak pengurusan, dan rakan artis harus sentiasa memberi kerjasama dalam membantu Nabil yang masih dalam proses pembelajaran di dalam dunia artis ini dan Nabil harus beringat yang naik tidak semestinya akan naik dan jatuh tidak semestinya akan jatuh terus. Dalam dunia artis macam-macam boleh terjadi. Apatah lagi bila seseorang itu semakin popular dan pasti ramai yang idak akan senang duduk dan mencari isu-isu panas bagi manjatuhkan seseorang itu.

Liverpool bakal gegar

Liverpool merupakan pasukan yang sememangnya hebat di kancah BPL menjanjikan yang mereka akan bersaing bagi memastikan juara BPL dalam gengaman mereka. Dengan pemain hebat seperti Torres, Robby Keane mampu menghadirkan kegerunan kepada pihak lawan terutamanya kelab-kelab besar seperti Man u, Arsenal, Chelsea dan pasukan-pasukan lain. Cuma apa yang diperlukan oleh Liverpool sentiasa mengamalkan corak hantaran pendek dan sentiasa mengamalkan strategi menyerang. Livepool yang dibimbing oleh Rafa harus sentiasa fokus dalam setiap perlawanan dan pemain-pemain tengah seperti Gerrad, Xabi Alonso harus memastikan rakan-rakan berada dalam keadaan yang terbaik bagi setiap perlawanan dalam memastikan setiap kemenangan menjadi milik mereka. Bagi pemain-pemain baru dalam pasukan The reds ini mereka harus menunjukkan permainan yang konsisten jika ingin berda dlam kesebelasan utama.