Monday, July 28, 2008

Ibu suruh anak mencuri

Pembentukan keperibadian anak banyak dipengaruhi pendidikan yang diberikan kedua ibu bapa. Proses pendidikan tersebut bermula sejak dari alam rahim, kemudian di rumah dan sekolah. Malahan kadangkala perbuatan kedua ibu bapa sebelum memasuki gerbang perkahwinan turut memberi sumbangan terhadap perkembangan keperibadian anak-anak mereka.
Dalam mencorak fitrah anak yang suci dan murni itu, ibu bapa memiliki peranan yang sangat besar sehingga anak-anak mereka tidak menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kehendak nafsu anak hendaklah dikawal dengan iman, keperibadian anak dibina dengan akhlak mulia serta jasmani anak dilatih dengan permainan yang dituntut oleh sunnah. Dengan demikian lahirlah generasi Islam yang sihat mental dan fizikal.
Semoga buku ini dapat membantu ibu bapa membina anak-anak menjadi insan yang bersedia hidup dan mati sebagai Islam, insya Allah. Dalam kes seperti ini kehidupan terdesak yang menjadikan ibu bapa mendorong anak2 melakukan perkara yang negatif sekaligus menambahkan kadar jenayah yang semangnya tinggi di negara kita. Jadi kepada ibu bapa yang mementingkan kebahagian anak2 di masa hadapan hendaklah mendidik anak2 mereka sejak mereka lahir lagi...

Elak hormat Chelsea

Dalam permainan bola sepak segalanya tidak mustahil. Ini kerana setiap pemain bola sepak sama ada pemain itu berkelas dunia ataupun profesional hanyalah manusia biasa. Hanya cara latihan dan disiplin yang ditunjukkan membezakan pasukan Malaysia dan Chelsea yang bakal berentap di stadium Shah Alam pada malam ini. Skuad Malaysia seharusnya fokus dan tidak gentar akan pasukan Chelsea yag sememangnya digeruni oleh pihak lawan kerana memiliki pemain2 yang hebat serta mempunyai skill yang dasyat. Pemain Malaysia pada malam ini perlu tenang dan harus mempunyai kreativiti dalam membuat hantaran dan mengawal bola. Peminat pula sememangnya menantikan permainan yang hebat antara kedua2 pasukan dan semestinya mengharapkan keajaiban berlaku pada malam ini. Untuk perlawanan malam ini jurulatih Malaysia seharusnya meletakkan pemain muda sebagai satu senjata Malaysia sekaligus menjadikan pemain2 Malaysia lebih berpengalaman di masa hadapan!!!!


pulun Malaysia pulun!!!!!

Saturday, July 19, 2008

Asrama rumah kedua

Pada pendapat saya, disebalik kebaikkan dan faedah yang pelajar dapat jika ditempatkkan di asrama terdapat juga keburrukkannya. Pengalaman yang saya hadapi semasa tinggal di asrama ingin saya kongsikan dengan anda semua. Tinggal di asrama menjadikan hidup kita berkroni dengan pelajar yang tidak inggal di asrama. Malah pelajar lebih terdedah dengan gejala gangsterisma di mana pelajar senior membuli pelajar junior. Ini dibuktikan dengan kes-kes yang terpapar di akhbar dan media elektronik di mana pelajar mati dibelasah rakan-rakan di asrama sekolah. Yang lebih menyedihkan lagi ada pelajar-pelajar perempuan yang berjaya meloloskan diri pada waktu malam untuk pergi bersuka ria bersama rakan-rakan dan pulang pada lewat pagi. Ini menunjukkan sikap atau disiplin yang teruk oleh pelajar yang tinggal di asrama dan sekaligus boleh merosotkan akademik pelajar-pelajar. Tinggal di asrama juga boleh mendatangkan impak yang buruk di mana pelajar-pelajar telah terdorong untuk melakukan hubungan sejenis yang boleh mendatangkan imej yang sangat buruk kepada diri sendiri,keluarga dan sekolah terbabit.

Perceraian bukan penamat kehidupan

PERCERAIAN yang berlaku selepas 13 tahun melayari rumah tangga bersama pilihan hati sendiri tidak pernah dikesalkan, sebaliknya Sharnas Razni menganggap ia satu penghijrahan bagi memperbaiki dan mendapatkan kehidupan tenang serta lebih baik.
Bersikap lebih terbuka mengenai statusnya, Sharnas berkata, dirinya berasa lebih bahagia selepas diceraikan sejak lapan tahun lalu berbanding ketika hidup sebumbung dengan bekas suami dan jika boleh mahu memadamkan segala kisah pahit dan penderitaan pernah dialami. Sharnas berkata, dirinya percaya seandainya kehidupan rumah tangga tidak bahagia bererti itu bukanlah jodoh dan ia sudah pun tentukan Tuhan, justeru jika ditakdirkan bercerai seharusnya tidak ditangisi apa yang berlaku. “Bercerai bukan sebab soal curang saja, tetapi ada banyak perkara lain. Dalam kes saya, memang saya yang minta dilepaskan kerana berasakan daripada hidup tidak bahagia, terseksa dan tertekan lebih baik kami berpisah. Saya minta berpisah kerana saya tahu hak saya sebagai wanita dan percaya Tuhan sentiasa bersama hamba-Nya yang teraniaya. “Lagi pun, perlu apa lagi kami bersama sedangkan kehidupan sekeluarga tidak pernah aman. Saya juga berpendapat, suasana seperti itu tidak sesuai untuk mendidik anak untuk berjaya kerana emosi mereka juga terganggu,” katanya. Ketika bercerai keluarga tidak tahu kerana dirinya tidak pernah berkongsi masalah rumah tangga dengan sesiapa sekalipun kepada ibu bapa. Sharnas lebih bersedia menanggung semuanya kerana bimbang jika berkongsi masalah, silap perhitungan dirinya pula dipersalahkan. Katanya, sebaik saja mereka bercerai bagaikan terlerai segala bebanan yang ditanggungnya selama ini. Tiada lagi perasaan takut dan sedih. Apa yang cuma difikirkannya ialah bangkit semula dengan kehidupan baru untuk diri sendiri dan juga anak. “Lepas bercerai kami langsung tidak berhubung dan saya sendiri tidak mahu ungkit kisah lalu. Mungkin ada wanita takut dengan status janda tetapi saya mengingatkan diri sendiri, itulah saya ketika itu. Kehidupan mesti diteruskan dan tidak perlu bersedih, malah kena buktikan kepada bekas suami dan masyarakat saya boleh hadapi cabaran serta dugaan. “Saya tekadkan dalam diri, status itu tidak boleh menjadi penghalang untuk berjaya. Lagi pun, saya bukanlah bodoh, saya ada pendidikan. Peduli apa orang hendak kata dan Alhamdulillah kerana ikhlas akhirnya, perniagaan yang saya bina berjaya berkembang meskipun sekali kala ada ujian lain menimpa termasuklah tiada pendapatan langsung dalam sebulan,” katanya. Sharnas juga bersyukur dirinya sudah pun membuktikan, walaupun bersendirian membesarkan anak, ketiga-tiga anak di bawahnya masing-masing sudah pun berjaya dan kini sedang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. Soal hubungan anak dengan bekas suami, beliau tidak pernah menghalang, terpulang kepada mereka kerana sudah tersurat sampai akhirat itulah bapa kandung mereka. Ditanya mengenai perkahwinan kedua, Sharnas berkata kehancuran rumah tangga tidak pernah membuatkannya rasa serik untuk membina sebuah keluarga baru. Justeru, jika ada jodoh suatu masa kelak beliau tidak akan menolaknya.

JPNS siasat guru rotan pelajar

Dalam kes yang sebegini rupa banyak sebab atau alasan yang menjadikan guru bertindak ganas terhadap pelajar-pelajarnya. Kita tidak boleh menyalahkan isu ini hanya kepada guru sahaja kerana kita harus faham karenah yang ditunjukkan oleh murid-murid dan ibu bapa juga harus diambil kira. Kajian mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru seluruh negara mengatakan kerenah ibu bapa antara punca utama golongan itu mengalami tekanan ketika menjalankan tugas. Dalam masa yang sama karenah pelajar di dalam kelas yang menunjukkan sikap tidak hormat mereka kepada guru seperti melawan kata kata guru, tidak menyiapkan kerja sekolah dan lain lain lagi menjadi punca kepada berlakunya kes seperti ini.
Bagi guru pula emosi dan tahap kesabaran adalah perkara yang paling penting dalam menjadi pendidik kerana setiap pendidik tidak boleh lari dengan karenah pelajarnya. Hukuman bagi pelajar yang membuat kesalahan haruslah setimpal dengan status mereka sebagai pelajar. Selain itu masalah yang datangnya dari tempat lain di bawa ke sekolah dan melepaskan geram mereka kepada murid-murid. Sebagai manusia yang pernah mengalami pekara ini seprti saya menasihatkan dan ingin memberikan pendapat iaitu guru-guru mestilah ikhlas dan sentiasalah bersabar dengan karenah pelajarnya.

Shukor yakin kombinasi pemain senior, B-23

Satu lagi cabaran buat pasukan malaysia untuk berhadapan para pemain dan peminat bolasepak dari india. Walaupun india terkenal dengan kriket, bukan bermakna rakyatnya tidak memberikan perhatian dan sokongan kepada sukan bolasepak. Rakyat india juga boleh dikelaskan sebagai penyokong yang fanatik. Lihat saja apabila ada perlawanan kriket, di situ terserlah kefanatikannya. Jadi, tidak mustahil sokongan sebegitu akan dipamerkan ketika perlawanan ini nanti;sekaligus menjadi cabaran harimau-harimau negara di atas padang. Namun seharusnya para harimau telah terbiasa dan mampu mengadaptasi keadaan itu setelah berjaya menghadapi situasi sedemikian rupa di indonesia. Apa yang diperlukan oleh para harimau sekarang ialah ketenangan dalam pengawalan bola, semangat setiakawan dan saling memahami yang tinggi, dan ketajaman serta ketepatan dalam melakukan penyudah. Skuad Malaysia juga harus di berikan lebih peluang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab atau negara yang lebih ternama contohnya Ireland, Austria dan lain-lain lagi .Jika perkara ini terjadi ditambah dengan kesungguhan, insyaAllah tidak mustahil pasukan kita mampu mencipta kemenangan. Rakyat malaysia yang memanggil pasukan sendiri pasukan kampung itu boleh kita gelar mereka sebagai ketinggalan. Itu situasi zaman dahulu(maksudknya ketika zaman kejatuhan bolasepak malaysia). Sekarang ini skuad harimau malaya sedang menuju semula ke arah kegemilangan. Tentang hal kekuatan negara teluk, ya mereka memang kuat. Namun jangan lupa, jika keyakinan dan semangat untuk menang sedang membara dan mengatasi segalanya, tidak mustahil kita mampu sebaris dengan mereka.Lihat saja keupayaan malaysia mengalahkan Iraq tempoh hari.bola itu bulat. Segala kemungkinan boleh berlaku selagi tiada tiupan wisel penamat.

City tawar RM149j beli Ronaldinho

Tentang spekulasi penghijrahan Ronaldinho ke Manchester City mungkin tidak kesampaian kerana Ronni dikatakan lebih berminat untuk bemain di Ac Milan walaupun haraga pembelian yang diletakkan oleh Manchester City sangat tinggi. Bagi pendapat saya, perkara yang perlu yang menyebabkan Ronni enggan ke kelab Inggeris itu ialah kerana prestasi kelab itu sendiri. Manchester City merupakan kelab yang terkenal dengan sejarahnya tersendiri di mana kelab ini pernah menjulang beberapa piala domestik. Namun prestasi kelab yang tidak menentu ini patut dititkberatkan oleh pemain yang hebat seperti Ronaldinho. Malah, dalam perlawanan liga yang lalu di mana mereka dibelasah teruk oleh Middelsborough menunjukkan prestasi naik turun kelab itu sendiri. Jika dibandingkan dengan kelab Ac Milan, kelab ini merupakan kelab idaman bagi semua pemain di seluruh dunia di mana kelab ini telah menggondol banyak piala seperti Piala Eropah dan piala dalam liga domestik. Jika diikutkan kepada prestasi Ronni yang semakin merosot sekarang, dia sebagai pemain berkelas dunia harus bijak dalam memilih pasukan yang dapat mengembalikan imej baik dia sebagai bekas pemain terbaik dunia pada satu ketika. Jika saya menjadi Ronnie mestilah saya akan memilih Ac Milan sebagai pasukan saya.
Jika dititikberatkan pada faktor lain Ronni harus berhijrah ke Ac Milan adalah kerana budaya dan corak permainan di England tidak bersesuaian dengannya. Ini kerana budaya di England adalah amat berbeza sekali di Sepanyol mahupun di Brazil dari segi peminatnya yang sangat fanatik dan agak ganas. Malah corak permainan keras di England adalah tidak bersesuain dengan permainannya. Italy pula mengamalkan corak permainan yang berbeza dan Ronnie pastinya selesa bermain di Milan kerana dapat bersama ganadingannya iaitu Kaka dan Pato yang juga dari Brazil..

'Tiga sukan lain pun ada peluang'

Ketika badminton dilihat satu-satunya acara yang mampu membutirkan pingat untuk negara di Sukan Olimpik Beijing, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menolak kemungkinan tiga lagi sukan berkemampuan mencipta kejutan - apatah lagi habuan RM1 juta dijanjikan untuk pemenang emas mampu menjulang aksi luar biasa daripada atlit negara. Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, berkata selain badminton, sukan lumba basikal, memanah dan taekwondo juga mempunyai harapan untuk menyumbang pingat. "Empat sukan ini mempunyai harapan memenangi pingat," kata Kok Chi. "Kita hanya boleh meramal berdasarkan kepada prestasi semasa atlit dan kita tidak boleh berkata dengan pasti mereka akan menang pingat kerana sesiapa pun tidak boleh berkata mereka pasti memenangi pingat.
Dalam menuju ke arah kecemerlangan sukan, Malaysia sepatutnya meletakkan sasaran dalam memburu pingat emas pada temasya olimpik yang berlansung pada bulan ogos ini. Tidak sepatutnya Malaysia hanya meletakkan sasaran emas hanya kepada sukan badminton. Ini kerana sukan-sukan lain juga mampu memberikan cabaran di kejohanan yang berprestij itu. Jika dilihat kepada rekod-rekod lepas memangla sukan lain hanya dikatakan layak bertanding namun inisiatif yang dilakukan oleh KBS dengan cara memberikan ganjaran sebanyak 1 juta boleh menjadikan atlet yang bertanding menjadi lebih semangat dan menjadikan ganjaran itu sebagai satu pengiktirafan kepada kejayaan mereka. Yang patut dititik beratkan ialah disiplin serta fokus kepada kejohanan ini. Setiap usaha yang gigih bakal memberikan pulangan yang setimpal dengan gegiihan yang diunjukkan.