Saturday, July 19, 2008

'Tiga sukan lain pun ada peluang'

Ketika badminton dilihat satu-satunya acara yang mampu membutirkan pingat untuk negara di Sukan Olimpik Beijing, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menolak kemungkinan tiga lagi sukan berkemampuan mencipta kejutan - apatah lagi habuan RM1 juta dijanjikan untuk pemenang emas mampu menjulang aksi luar biasa daripada atlit negara. Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, berkata selain badminton, sukan lumba basikal, memanah dan taekwondo juga mempunyai harapan untuk menyumbang pingat. "Empat sukan ini mempunyai harapan memenangi pingat," kata Kok Chi. "Kita hanya boleh meramal berdasarkan kepada prestasi semasa atlit dan kita tidak boleh berkata dengan pasti mereka akan menang pingat kerana sesiapa pun tidak boleh berkata mereka pasti memenangi pingat.
Dalam menuju ke arah kecemerlangan sukan, Malaysia sepatutnya meletakkan sasaran dalam memburu pingat emas pada temasya olimpik yang berlansung pada bulan ogos ini. Tidak sepatutnya Malaysia hanya meletakkan sasaran emas hanya kepada sukan badminton. Ini kerana sukan-sukan lain juga mampu memberikan cabaran di kejohanan yang berprestij itu. Jika dilihat kepada rekod-rekod lepas memangla sukan lain hanya dikatakan layak bertanding namun inisiatif yang dilakukan oleh KBS dengan cara memberikan ganjaran sebanyak 1 juta boleh menjadikan atlet yang bertanding menjadi lebih semangat dan menjadikan ganjaran itu sebagai satu pengiktirafan kepada kejayaan mereka. Yang patut dititik beratkan ialah disiplin serta fokus kepada kejohanan ini. Setiap usaha yang gigih bakal memberikan pulangan yang setimpal dengan gegiihan yang diunjukkan.

1 comment:

aiShaH said...

Tunggu dan lihat Ogos ni