Saturday, July 19, 2008

Asrama rumah kedua

Pada pendapat saya, disebalik kebaikkan dan faedah yang pelajar dapat jika ditempatkkan di asrama terdapat juga keburrukkannya. Pengalaman yang saya hadapi semasa tinggal di asrama ingin saya kongsikan dengan anda semua. Tinggal di asrama menjadikan hidup kita berkroni dengan pelajar yang tidak inggal di asrama. Malah pelajar lebih terdedah dengan gejala gangsterisma di mana pelajar senior membuli pelajar junior. Ini dibuktikan dengan kes-kes yang terpapar di akhbar dan media elektronik di mana pelajar mati dibelasah rakan-rakan di asrama sekolah. Yang lebih menyedihkan lagi ada pelajar-pelajar perempuan yang berjaya meloloskan diri pada waktu malam untuk pergi bersuka ria bersama rakan-rakan dan pulang pada lewat pagi. Ini menunjukkan sikap atau disiplin yang teruk oleh pelajar yang tinggal di asrama dan sekaligus boleh merosotkan akademik pelajar-pelajar. Tinggal di asrama juga boleh mendatangkan impak yang buruk di mana pelajar-pelajar telah terdorong untuk melakukan hubungan sejenis yang boleh mendatangkan imej yang sangat buruk kepada diri sendiri,keluarga dan sekolah terbabit.

1 comment:

aiShaH said...

Duduk dimana-mana sama sahaja.. kita tidak boleh menyalahkan pihak asrama atau ibubapa semata-mata.. diri sendiri kenalah fikir mana yang baik atau buruk.. sebab yang dapat akibatpun bukan org lain tapi diri sendiri