Saturday, July 19, 2008

JPNS siasat guru rotan pelajar

Dalam kes yang sebegini rupa banyak sebab atau alasan yang menjadikan guru bertindak ganas terhadap pelajar-pelajarnya. Kita tidak boleh menyalahkan isu ini hanya kepada guru sahaja kerana kita harus faham karenah yang ditunjukkan oleh murid-murid dan ibu bapa juga harus diambil kira. Kajian mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru seluruh negara mengatakan kerenah ibu bapa antara punca utama golongan itu mengalami tekanan ketika menjalankan tugas. Dalam masa yang sama karenah pelajar di dalam kelas yang menunjukkan sikap tidak hormat mereka kepada guru seperti melawan kata kata guru, tidak menyiapkan kerja sekolah dan lain lain lagi menjadi punca kepada berlakunya kes seperti ini.
Bagi guru pula emosi dan tahap kesabaran adalah perkara yang paling penting dalam menjadi pendidik kerana setiap pendidik tidak boleh lari dengan karenah pelajarnya. Hukuman bagi pelajar yang membuat kesalahan haruslah setimpal dengan status mereka sebagai pelajar. Selain itu masalah yang datangnya dari tempat lain di bawa ke sekolah dan melepaskan geram mereka kepada murid-murid. Sebagai manusia yang pernah mengalami pekara ini seprti saya menasihatkan dan ingin memberikan pendapat iaitu guru-guru mestilah ikhlas dan sentiasalah bersabar dengan karenah pelajarnya.

1 comment:

aiShaH said...

Guru pun manusia dan tahap kesabaran manusia ada hadnya. Kita kadang kala dapat melihat sikap pelajar kini mmg jarang nak hormatkan guru mereka..so terjadila isu sebegini