Monday, July 28, 2008

Elak hormat Chelsea

Dalam permainan bola sepak segalanya tidak mustahil. Ini kerana setiap pemain bola sepak sama ada pemain itu berkelas dunia ataupun profesional hanyalah manusia biasa. Hanya cara latihan dan disiplin yang ditunjukkan membezakan pasukan Malaysia dan Chelsea yang bakal berentap di stadium Shah Alam pada malam ini. Skuad Malaysia seharusnya fokus dan tidak gentar akan pasukan Chelsea yag sememangnya digeruni oleh pihak lawan kerana memiliki pemain2 yang hebat serta mempunyai skill yang dasyat. Pemain Malaysia pada malam ini perlu tenang dan harus mempunyai kreativiti dalam membuat hantaran dan mengawal bola. Peminat pula sememangnya menantikan permainan yang hebat antara kedua2 pasukan dan semestinya mengharapkan keajaiban berlaku pada malam ini. Untuk perlawanan malam ini jurulatih Malaysia seharusnya meletakkan pemain muda sebagai satu senjata Malaysia sekaligus menjadikan pemain2 Malaysia lebih berpengalaman di masa hadapan!!!!


pulun Malaysia pulun!!!!!

1 comment:

saYa said...

"PULUN MaLAYSIA PULUn"....mcm best je bunyi nye sorakan semangat awak ni... TAPI KENAPE SEMALAM AWAK SOKONG CHELSEA??????KENAPE????? patutlah pasukan malaysia kurang peminat...ni semua sebab bnyk rakyat malaysia sendiri >>mcm awak ni<< sokong pasukan luar berbanding pasukan negara sendiri....BAIK AWAK JADI "PATI" je..kita rakyat msia, patut sokong msia...jgn "CAKAP AJE,TAPI x BUAT pun"...kita kena tunjukkan yang kita sokong MALAYSIA...baru la MALAYSIA berjaya...biarpun malaysia kalah smlm, tapi pasukan msia tetap memberikan saingan yang hebat dan sekurang2 nye mereka dah USAHA...satu RUMUSAN dan FAKTA tentang bola yang patut semua orang tahu ialah tentang "SORAKAN EMOSI"... cth: kalau kt tgk perlawanan bola kt stadium2 luar yang membabitkan pasukan hebat mcm ARSENAL,MU, CHelsea dsb...diorang dapat SORAKAN EMOSI YANG CUKUP KUAT dari penyokong...dan dengan sorakan mcm tu, pemain jadi bersemngat..kenape tidak kita cuba BUAT kat Msia...KALAU PENYOKONG RAMAI DTNG..STADIUM PENUH,so sorakan emosi pun kuat...x mustahil kalau pemain akan tambah bersemangat nak MAIN..cth je liga msia atau liga super...stadium kosong, pemain pun x da semangat la nak main...bile komen pulak, ckp pemain x bagus la..padahal peminat sendiri la jugak yang salah coz x sokong..sokong pun, pasukan bola yang best mcm mu, real madrid.dsb... knpe x sokong pasukan malaysia....fikirkan lah...jgn marah ye peminat2 bola...sekurang2nye kita cuba, manalah tahu FAKTA ni betul....lagi satu "word" SOKONG hanya untuk malaysia je...kalau nak sokong mu, arsenal, dsb..jgn guna word SOKONG..guna word MINAt atau KAGUM dengan diorang main atau PILIH "...." untuk menang je...jgn sekali2 guna word SOKONG COZ WORD SOKONG HANYA UNTUK MALAYSIA AJE>>>KALAU BETUL2 anda rakyat malaysia..huahua..