Sunday, August 31, 2008

Peluang jurulatih cungkil bakat baru

Selama manakah ketiadaan pemain import di negara kita dapat bertahan?satu,dua tahun? Walau bagaimanapun pengharaman pemain import di negara kita merupakan langkah yang bijak dalam mengenal pasti pemain tempatan yang sedia ada di mana sebelum ini hanya mengisi bangku simpanan. Pemain2 ini sebenarnya mampu menyinar dan mampu menjadi pelapis negara dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak di Malaysia pada suatu ketika dahulu. FAM hanya perlu mengenal pasti punca kemerosotan pemain tempatan dan harus mencungkil bakat2 muda dari peringkat sekolah lagi. Selain itu pendedahan pemain2 dalam perlawanan di peringkat antarabangsa harus dilakukan dengan segera supaya pemain2 tidak merasa kekok atau rendah diri berbanding pemain-pemain import. Latihan yang lebih keras dan kemudahan yang disediakan oleh badan sukan harus digunakan sepenuhnya agar wang berjuta2 ringgit untuk kemudahan pemain tidak disia-siakan. Apa pun penglibatan pemain import adalah penting untuk pemain2 tempatan dalam meningkatkan kesefahaman di dalam padang. Tetapi kemanakah hala tuju pemain2 import yang telah disingkirkan oleh pihak FAM? Adakah wajar mengenepikan mereka di dalam liga kita?

3 comments:

Elizabeth said...

kadang2 angel pun hairan apa sebenarnya kekurangan pemain bola sepak kite ni eh? siapa sebenarnya yang memainkan peranan penting dalam hal ini?hmmmm good comment my fren !

yokohamarinos said...

jika pemain itu betul2 berbakat pasti mereka akan menyinar wpun dibayangi awang2 import ini.... kenapa baru nak menyinar apabila import da xde... xkn kita nak jadi jaguh kampung... biarknlah pemain kita bersaing dengan sihat... kenapa pemain seperti Khairul Muhaymeen bolah menyinar wpun dibayangi oleh import yg bgus di Kedah.... Badrul Bakhtiar, Zaquan Adha... semua menyinar.... ini semua bergantung kepada kesungguhan pemain tersebut.... tepuk dahi, lu pikirlah sendiri..... da...

watch out!!!! said...

dulu pun kita penah mansuh kan pemain import,
result,
kita pnya prestasi teruk jatuh,
penonton pun tak nk tengok team main
then dibawa lagi,
naik ckit,
sekarang distop lagi,
kita tunggu dan lihat je la ca mane
bukan tidak menyokong pemain sendiri,
tapi
pemain sekarang ni ada yang berbakat tapi tidak menggunakan sepenuhnya bakat yang ada,
lagi satu,
pemain kita mudah melatah,
menang sekali mula la nak tunjuk hebat, lupa diri...
so,
wait and see what will happend.............