Thursday, September 4, 2008

Federer lega

Sememangnya Federer adalah pemain yang berkaliber dan cukup popular di dalam dunia sukan pada masa ini.. Dengan anugerah atlet paling berjaya selama dua tahun berturut-turut Federer juga adalah atlet paling kaya di belakang kawan baiknya Tiger Woods. Penampilan Federer pada Terbuka US ksli ini memang dinantikan oleh para peminat sukan dan tenis yang inginkannya berjaya merangkul kejuaraan ini sebanyak enam kali. Prestasi merosot yang ditunjukkan oleh Federer kebelakangan ini mungkin disebabkan oleh virus yang melanda dirinya dan itu sememangnya menggangu tahap permainannya yang sebenar. Pertembungan hebat antara Federer dan Nadal amat dinantikan oleh semua peminat dan Nadal yang berada pada tahap terbaiknya semestinya ingin mengekalkan status pemain no1 dunia. Walaupun Nadal diramal menewaskan Federer namun ianya pasti bukan jalan yang mudah baginya kerana Federer semestinya mahukan gelaran no1 dunia yang dirampas Nadal kembali kepadanya. Apapun pertembungan hebat kedua-dua pemain ini pasti hebat....

2 comments:

Muhammad RELA said...

federer bagus..dia ada semangat..hope atlet kita dapat contoh sikap dia.

aQu daN SesuAtu said...

federer nk di bangkn ngan nadal...
bgus lgi nadal...
hehehehehehehehe