Sunday, October 19, 2008

Nicol mara

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Nicol David berdepan laluan mudah dalam kempen awalnya merampas semula kejuaraan di Kejohanan Terbuka Dunia Hi-Tec, Manchester, England, semalam.
Nicol nyata tidak menghadapi masalah menewaskan rakan senegara, Sharon Wee 11-6, 11-3, 11-2 dalam tempoh hanya 19 minit. Nicol juga dijangka tidak mempunyai masalah dalam menjuarai kejohanan ini..Nicol juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Nicol berlatih di Amsterdam selepas tamat peperiksaan pada tahun2000, dan mendapat 9A. Beliau juga menjuarai Kejohanan Skuasy Asia sebanyak lima kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006). Pada 4 Disember 2005, beliau menewaskan Rachel Grinham dari Australia untuk menjadi juara termuda yang memenangi Kejohanan Dunia.

No comments: