Sunday, October 19, 2008

Torres buru kepuasan

Kehadiran Torres, berjersi nombor 9 pernah digunakan penyerang legenda Liverpool, Robbie Fowler dan Ian Rush, menggegarkan bola sepak Inggeris apabila dia meletakkan namanya selaku penyerang digeruni di Eropah. Bintang Sepanyol itu terbukti begitu tajam di depan gawang dan berada dalam kelas tersendiri melalui dua jaringannya ketika menentang Everton tetapi malangnya dinafikan jaringan hatrik di Goodison Park oleh pengadil, Mike Riley. Torres mengakui kejayaan Sepanyol pada Euro 2008 meningkatkan kemahuannya untuk mencipta kejayaan. Torres yang juga pemain Atletico Madrid sebelum ini berkata beliau masih belum puas untuk menikmati kejayaan. Dia measih ingin mencipta kejayaan bersama Liverpool yang kini berada di tempat kedua di belakang Chelsea. Dengan usia yang muda Torres dijangka mampu menggegarkan pasukan lawan sekaligus mejuari piala utma dan domestik..

1 comment:

red pineapple said...

kehadiran Torres memberi impak yg sgt hebat di EPL... semakin ramai pemain2 dr Spain dibawa ke EPL....
wpun dengan kehadiran import luar ini, pemain2 tempatan ttp menyerlah... tiada sekatan import pun.... kan Malaysia kan?